EPISOD CINTA KITA



betul apa orang tua-tua yang sering berpesan kepada anak-anak muda.... dari hanya sekilas pandang... seseorang itu boleh jatuh hati tidak kisahlah sesorang itu tidak kacak, mahupun cantik.... tak kenal maka tak cinta... itu lah ungkapan yang sering anak muda pegang... begitu juga dengan kisah epilog cinta dua hati yang diingin disatukan yang mengalami pelbagai rintangan tetapi mereka tetap utuh bersatu hati agar impian untuk bersama tercapai kelak... angin laut telah pun memukul lembut wajah Aisyah yang duduk termenung ditepi laut... tidak kisahkan seluarnya basah kerana ralit memikirkan soal persaan yang mulai timbul dalam dirinya... tanpa dia sedari perbuatannya itu turut diperhatikan oleh ahli keluarganya... secara spontannya Muhamad Aiman datang ke arahnya tanpa Aisyah sedar.... dan mencuit badannya... Aisyah terdiam dan terpaku kerana insan yang dia cintai benar-benar berada di hadapannya... kerisauan dek bahang matahari yang terik memancar ke muka Aisyah... Muhamad Aiman menghulurkan suatu losyen bagi menghalang sinaran matahari... tanpa sedari Muhamad Aiman menyapu krim losyen ke muka Aisyah tanpa dia sedari... tanpa mereka berdua sedar perbuatan mereka berdua dirakam oleh bapa kepada Muhamad Aiman... deruan bunyi ombak dan kicauan burung menambahkan lagi ketenangan ke dalam diri Aisyah... Muhamad Aiman menarik tangan Aisyah untuk berjalan di sepanjang pantai... terkaku seketika tetapi Muhamad Aiman bijak mengaturkan agar Aisyah tidak berasa kekok bersamanya... perasaan cinta itu di pendamkan sejak Aisyah kecil lagi... "Aisyah, Muhamad Aiman harap apa yang saya cakap kan tadi masa kita d zoo buaya tadi harap awak simpan dalam hati" , kata Muhamad Aiman... lalu bertanya Aisyah kepada Muhamad Aiman "kenapa mesti awak cakap seperti tu?". "maafkan saya Syah saya sebenarnya sudah lama memendamkan perasaan saya terhadap awak tapi saya cuma tidak tahu apakah cara yang perlu saya lakukan untuk mendekati awak selain mendoakan awak dapat yang terbaik" , terang Aiman dengan keadaan yang sayu... kicauan burung seolah-olah memahami perasaan yang dialami oleh Aisyah... perasaan yang bercampur baur sedih, suka, gembira dan teruja.... tiadaklah cinta yang disimpan itu terbuku begitu sahaja... "Syah? kenapa awak senyap adakah saya telah cakap yang tak sepatutnya saya katakan?",soal Aiman kepada Aisyah sambil menatap mata Aisyah yang berkaca dek air mata... "tak! awak tak buat salah... saya ingat saya bodoh kerana mencintai awak dalam diam rupanya awak sendiri mempunyai perasaan yang sama walaupun kita bersaudara awak sepupu saya... saya paham perasaan awak itu" jawab Aisyah dalam keadaan tergagap... tersentap Aiman dengan jawapan yang Aisyah berikan sebentar tadi.... lantas Aiman berkata " jika awak jodoh saya semoga Allah memperkukuhkan sehingga kita bahagia ke syurga" berkata Aiman secara spontan tanpa melepaskan tangan Aisyah... masih terkenang Aisyah kenangan 9 tahun yang lalu di pantai sekitar Johor Bahru... tersenyum tersipu malu Aisyah ditegur kerana senyum sendirian... tergelak dalam diri sahaja yang mampu Aisyah lakukan... Alhamdulillah Aisyah berasa gembira kerana mereka masih lagi dengan kata-kata yang mereka pegang untuk menunggu masa yang sesuai untuk disatukan dengan lafaz nikah... mudah-mudahan... 

*cerita sebenar yang telah diminta izin untuk dipamerkan kepada umum...